Tomorrow is my D-Day

May 28, 2018


Hi everyone.

This is about my first ever surgery! Mini surgery je haha.

Last Thursday, i went to PMELC for my full eye check up. Finally!

Untuk pengetahuan semua, saya ada power mata yang agak tinggi jugak. Which is sebelah 600 sebelah lagi 650 tak campur silau 100. Tinggikan? Kalau bukak spec tu, kiamat dunia. Spec atau contact lens tu macam nyawa, atau jantung kedua.

So, dipendekkan cerita... aku telah berani mati Apply for registration dekat website atau laman sesawang PMELC. Tiba-tiba kekuatan tu datang dari mana tah. Click! Aku register jelah form request for appointment tersebut.

Selama ni memang ada plan untuk apply, tapi tak ready lagi. Actually bukan tak ready, tapi malas sebenarnya haha. Takut? Mula mula dengar operate mata? Seriau jugak lah. Tapi lepas dah tengok dekat youtube semua, dh faham macam mana procedure nya, tak takut dah. Macam macam artikel dah baca, macam maam blog dah lawat. Basically, semua orang punya review lebih kurang sama.

Actually, nak buat dekat Doktor Chinese yang dekat PJ tu, Tapi bila fikir balik, kerja lagi... nak cuti tu payah, akhirnya buat lah dekat Prof Muhaya. Walaupun dia agak mahal sedikit berbanding dengan yang dekat PJ, tapi atleast keyakinan tu lebih tinggi lah, sebab Prof ni islamic. So terpilihlah Prof Muhaya punya yang terletak dekat je dengan rumah ku syurga ku. Adalah selang beberapa seksyen Hehe.

So, pada hari selasa 22/5/2018 aku pun apply lah secara online. Tulis sikit note kat situ "Firt timer, berminat nak buat full eye check up untuk buat Lasik." Nak tahu sesuai ke idok mata ni. Esoknya receptionist PMELC pun call... katanya esok dah boleh datang check up full mata. Wow Bukan itu sahaja katanya kalau pas semua ujian, boleh operate selasa minggu depan.

Jadual dekat PMLEC ni, hari selasa selalunya diorangkhaskan utk buat lasik. Mula-mula dia ada tanya jugak nak buat lasik ke ReLEX Eye SMILE? Alamak! Tak cukup bajet la nak buat ReLEX tu.
Apa beza LASIK dan RELEX EYE SMILE? boleh tengok dekat video bawah ni...

Jadi, lepas check mata, lepas lalui berbagai jenis ujian (ada ebih kurang enam mesin kalau tak silap). NAnti dia provide guide. Masa tunggu giliran, study dulu.
Step 1 - Ambil nombor giliran. Kemudian ke kaunter pembayaran.

Step 2 - Masuk bilik Vision (Vision Room). Dua tiga kali jugaklah masuk vision room tu. Dalam hati dah risau, kenapa asyik kena panggil je. Mata tak sihat ke? mata tak sesuai ke?
Step 3 - Masih lagi visio room a.k.a Optometrist room. Akhirnya sampai ujian mata yang ken baca huruf-huruf tu. Part tu Miss optometrist tu cakap mata kita kering. Ada symptom computer syndrom? katanya... Something like that lah. So dia suggest buat RELEX EYE SMILE. Sebab mata akan kering lepas surgery. Kalau buat lasik, belahan dia lebih besar so akan lebih kering. Kalau relex eye smile bukaan nya kecil sahaj, kurang lah keringnya nanti.
Kita pun berkata "Oh, yeke? Kering sangat ke mata saya ni?" Dia pun jawab. "Tak adalah kering sangat. Kalau lepas surgery pun, kadang-kadang orang mata kering tu... mata dia tak kering pun. Depends pada orang."
Then,
Step 5 - Consultation Room Ini yang kita nantikan ya! Jumpa Prof Muhaya la. ia yang nak operate nanti kan. Masuk-masuk bersalaman dengan Prof. Prof ni sangat soft spoken, baik, keibuan gitu. Kami borak-borak sikit lah sudah tentu. Prof kata "Alhamdulillah, mata sihat ya. Boleh buat dua-dua procedure sama ada lasik atau relex eye smile."
Aku tinggalkan bilik itu dengan senyuman lebar. Ceh ceh! Haha. So my surgery was schedule tomorrow people! TOMORROW! calm down buddy~
So, tomorrow hopefully with god will, saya akan update after surgery. okay? Siapa yang berminat nak buat dengan Prof Muhaya, bolehlah ke lawan sesawang mereka www.pmelc.my Boleh carik contact num, address atau pun borang untuk appoinment kat situ.
Wish me luck guys! ciau~

You Might Also Like

1 comments

  1. pernah tengok video tu kat youtube, sha dengan cousin pun ada niat nak buat tapi niat jela :p hehe btw followed u <3

    ReplyDelete

Please leave your comment... jebal~

Top Commentators

Boy In Luv

Converse High