Al kisah Nak Active kan Card Watson, sekali...

April 06, 2018

sumber Google

Kisah ini dimuatnaik kerana terlalu frustrated tak ada orang pun yang share solution dekat pak cik google. Puas den google sana sini.

Alkisahnya,  seorang pekerja Watson telah mentertawakan diriku masa nak bayar kat kaunter  Pasalnya dia kata "kad ni dah lama ni,  orang tak pakai dah."

"Oh yeke" Aku buat buat terkejut. Dalam hati kata tak ada lah lama sangat kad ni. Acah je. Biasalah Marketing Strategy lah tu. Macam kuno sangat kad aku ni. waduh

Dia pon explain lah kat aku itu dan ini. Aku mengangguk dan mengiakan sahaja. Jenis malas nak cerita panjang. Jadi, bertambahlah RM 20 lebih kurang dalam bill aku. Tak apalah aku ni pon kira pelanggan tetap watson lah jugak. apa salahnya upgrade je kad ni.

Lepas tu, dia bagi pulak gift lah, voucher lah benda benda tu semua. Ceritanya, aku baru je tak sat tadi... beli barang dekat watson. So nak gunalah segala benda voucher yang diberikan tu. Alang-alang kenalah Activate account ni. So nak register tapi tak boleh. Keluar lah duplicate IC number lah apa lah. Bila masa aku buat akauun watson ni? Seingat aku tak adalah lah.... tak nyanyuk lagi. Hm Kad sampai dua weyh tak register jugak haha.

Lepas godek punya godek dekat google, tak jumpa jalan penyelesaian. Macam mana nak register ni. Aku pun try lah bukak website watson ni. Aku register macam biasa. Boleh pulak. Okay lepas tu aku godek my Account. Ha! jumpa pun LINK YOUR CARD feature. Seperti yang aku bayangkan, akhirnya berjaya register. So ini lah jalannya untuk siapa yang tak boleh nak rgister tu ya. Terima kasih in advance haha.

Aku pun Checkout item dalam cart, nak guna voucher tak reti. Tak tahu macam mana nak apply. sebab tak ada ruangan voucher pun. Maybe voucher aku dapat ni bukan untuk online purchase kot. Minta otai2 luar sana mohon explaination! hehe. Atau mungkin Member VIP dapat Voucher dalam bentuk eVoucher la kut. Sebab ada feature eVoucher dekat laman dia ni. Ntah lah mohon penjelasan.

Lepas tu, aku terbaca pulak dekat website dia, please update to latest apps. So aku pun pergi la update dengan berlandaskan mungkin itu sebabnya tadii masa checkout lembab je apps dia, nak edit detail information pon tak dapat terpaksa buat dekat website je baru boleh. So aku pun update apps nya.

Aku open je terus crash. Try lagi. Crash. Okay postif thinking, aku clear ruunning apps, open semula. Crash lagi. Tak apa positif lagi, restart phone. On, masih crash. Wah! Tetiba terfikir nak baca review dekat Google Play Store. Hmmm banyakknya bad review daripada good review. No no, tak nampak langsung good review. Wah Brilliant! Okay menyesal update. Elok2 tadi boleh bukak jugak, boleh checkout lagi. Sekarang haprak takda.

Konklusinya, diharapkan pihak watson dapat segera memperbaiki isu-isu ini dengan segera bagi memudahkan dan melancarkan segala proses jual beli untuk masa hadapan. Haha. Oh lupa! Watson kata nak transfer points kad lama ke kad baru. tapi habuk pon tarak. 0 point! bila register tadi. Atau mungkiin kah point tersebut akan refresh to current amount dalam masa 24h? macam yang dia stated dekat website your point will be appear after 24h of purchase. Hmm maybe. How? Explain please...

Beban rasanya bila ada benda ang tak settle cam ni. Haha. Benda cam ni pon nak risau ke? eh mestilah~ benda kecik ke besar ke bila tak settle mesti rasa teringat2 je. Nak tidur kejap lagi ni tak tahu lena ke dak. Hahhaha. Dont take it seriouslah ya.

So itu lah dia seikit perkongsian apa yang berlaku tadi. Siapa yang nak register Watson, tak dapat2 tu boleh la follow. Just register by email mcm biasa dekat website, lepastu liink kan kad you all. ha cam tu je. settle. Kurang sikit beban fikiran satu~ HEHE

You Might Also Like

2 comments

  1. 😂 so many halangan. but act that girl shouldnt have to laugh at you. 😑

    ReplyDelete
    Replies
    1. i know righttt! cis acah kuno kad kita ni.. haha

      Delete

Please leave your comment... jebal~

Top Commentators

Boy In Luv

Converse High