Roses For SHINEE's Kim Jong Hyun

January 04, 2018



Hello guys,

First of all condolences to our late Kim Jong Hyun's family. Honestly, Kim was the first kpop boy band (SHINEE) that i knew in my life. This group lead me to get involved in KPOP world which until now i tak jumpa lagi jalan keluar daripada 'dunia' ini. LOL.

SHINEE first got recognize thru their OST for Boy Over Flower drama. At that time, BOF or BBF really famous after few drama such as Winter Sonata, My Girl, My Lovely Chun Hyang, and etc. So indirectly, i search about the singer of BOF lah sebab bila dah suka tengok satu-satu drama tu, automatically you will likes the Soundtrack oso!

That's how SHINEE becoming my first Kpop Group ever even tho i stan CNBLUE at that time. Panjang kisah perjalanan macam mana kita menceburi bidang fangirl ni. Tapi tak nak cerita semua tu, nanti kita cerita dekat entry yang lain k.

Entry kali ni nak cakap pasal how Malay girl mourning for Kim's death. Actually this is for every muslim all around the world. Kita tak suka lah jadi viral-viral benda-benda macam ni. Sejak kejadian B1A4, takkan lah tak serik-serik lagi kena bash?!

Ini lah sebabnya kenapa kita malu nak mengaku Kpopper, nanti orang pandang serong je! Kalau nampak orang pakai baju JK, rasa nak tegur je! but no, tahan je. Dalam jiwa rasa nak menjerit sebenarnya. HAHA. (but tak boleh terima lah org pakai baju nama korea besar-besar, tak malu ke?)  hehe gurau2.

So berbalik semula pada kisah mourn Kim Jong Hyun. Hello people, tolong lah jangan menjatuhkan nama kami kpopper yang lain macam ROSE CARAMEL ni. Low profile je. HAHA. Yelah, nanti semua orang anggap kpopper macam yal. Kpopper batak sangat, over, dll lagi.

"Habis kalau bias kau mampus, kau tak sedih?"
"Respect sikit lah"

Siapa kata tak sedih wey?! Mestilah sedih! But But korang tu muslim (bukan nak tunjuk baik) but kenyataan. Maruah kena jaga. Boleh bersedih tapi ada adab-adabnya. Tak payah lah join perjumpaan lilin lah apalah. Just duduk je dalam bilik, sembam muka dekat bantal, lepas tu nangis lah kuat-kuat. Terima lah qada dan qadar tu! Ha sentap tak?

Okay cakap memang senang!

YE, just quit kpop! (this is me lah) tak tau lah orang lain buat apa. Macam seorang *fansite noona kepada Kim Jong Hyun. Tak tahu lah nama dia apa but korean lah. Dia lagi lah lost daripada kita semua sebab apa? Sebab kerja dia hari-hari dok follow je artist yang dia fokus nak ambik gambar. So bayangkan tetiba artist tu dah tak ada? Apa dia buat ialah, dia just said - What is this? Hmm Okay.

Tak ada pun dia nak meroyan dekat Twitter dia ke any other socal media yang dia ada. Bertenang! bertenang!. Ini sampai maki mufti lah bila mufti tegur.

Kita pun minat gila kpop, tapi tahu batas-batas nya lagi. Kalau tweet tu, tak payah nak tweet macam orang lain be like "I love BLABLA, BLABLA is my religion" WOW WOW jangan sebab nak nampak cool, kita terpesong ya!

Ini pesanan mesra penuh kasih sayang untuk kpopper semua esp Malaysian,

p/s: minat kpop ni ada fasa dia. Bila korang dah lama dalam dunia ni, korang dah boleh bertenang, tak macam dulu sampai Ovary pun boleh Explode (Fandom je paham). Bila dah senior ni korang slow sikit, maintain, terkawal ovary tu, so slowly akan ada penyudahannya suatu hari nanti (kita percaya). Jalan keluar pasti ada hehehe. Bukan nak galakkan keluar but kenyataan. Bila dah tua-tua ni!  aduh betul dah tua dah noona/unnie ni. Bagi chance dekat adik-adik muda pulak ber fangirl. Sekarang ni banyak group baru debut. Kita tak terkejar lah! fail. huhu.  Panjang pulak p/s dia.

*Fansite noona : Dengan suka rela mengambil gambar gerak-geri artis pujaannya tanpa sebarang bayaran untuk websitenya sendiri dan tontonan peminat2 yang lain (correct me if im wrong, dah macam paparazzi bunyinya kan. Fansite Noona lagi sedap).

You Might Also Like

3 comments

  1. True.
    Mourning atas kematian tak salah. Yg salahnya sebab cara tu berlebih-lebih.

    Btw, Kak Sha from www.nurulshahira.com. Followed u :)

    ReplyDelete
  2. yes. thats true and so obviously like whole Malaysian crying after him.

    ReplyDelete

Please leave your comment... jebal~

Top Commentators

Boy In Luv

Converse High