Susah sangat ke Matrikulasi?

December 25, 2017

Hai semua!

Lama naw tak hupdate post. Nak kata busy tu tak ada pon. Pemalas je. Haha. Hari ni hakak terpanggil nak buat post ni. HAKAK ye (Sedar dah tua).

Sempena akhir tahun 2017 nak masuk tahun baru ni, ramai adik-adik di luar sana yang masih teragak-agak nak sambung belajar mana tu hah boleh lah baca posting ni.

Tapi,

Kita nak cakap pasal Matrikulasi ye. Bukan tak boleh belajar tempat lain macam asasi ke diploma ke tapi kita tak belajar situ tak tahu nak cite camana.

Untuk pengetahuan, kita dulu belajar dekat Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) 2012/2013 Generasi ke 13. Dah 4 tahun berlalu tapi belajar kat Matrik lah yang paling best sekali.

gambar masa minggu orentasi... 

Kita tak nak certa panjang, cuma nak bagi ringkasan je dekat sana apa ada apa kena buat tapi tak tahulah relevant lagi ke tidak tahun ni.

Daftar kolej:

Bila dapat je tahu dapat Matrik kita terus decide nak masuk Matrik. Tak ada terlintas pon dalam fikiran susah ke apa. Sebabnya kita tak pasti dapat UPU ke tidak. Masa tahun ni ada rumor kata dapat Matrik means tak dapat dah UPU. So apalagi accept je Matrik walaupun dapat PERLIS nuuu haa jauh hujung dunia!

Masa apply tu mintak Selangor, Negeri Sembilan dengan Melaka. Dengan harapan dapat dekat dengan rumah. Haha. Tak terbayang dapat Perlis sebab kita positif la Kementerian mesti bagi dekat-dekat je. Jangan harap!

Tapi tak apa kita terima je. Lama-lama ada la keluar kata-kata Matrik susah lah tak nak masuk lah. "Masuk matrik ke? Susah lah! Nanti gagal kena buang!" 

Siapa tak cuak wey dengar macam tu? kita cuak la jugak. Tapi disebabkan kita jenis yang tak pernah amik tahu (LOL) so tak dapat nak banyangkan susah tu macam mana. Define susah please~ 

Masa daftar, sampai dekat KMP dalam pukul 7 pagi straight dari rumah dekat SELANGOR. Tidur dalam kereta je. Mandi dekat R&R. Sampai-sampai terus gi kaunter pendaftaran (rasanyalah tak ingat sangat dah lupa) Masa tu dah ada orang cuma tak ramai sangat. Yang ada tu diorang tidur dekat kolej. Sewa bilik kediaman rasanya.

Lepas daftar amik kunci terus ke kolej kediaman. Kita dapat Kolej Ummu Habibah B1. Dekat KMP ada 9 Kolej terbahagi kepada 3 iaitu A, B, dan C. Dalam setiap satu tu ada pecahan lagi. A1, A2, A3, B1, B2, B3, C1, C2, dan C3.

So hai kepada adik-adik yang dapat Kolej B1 Ummu Habibah. By the way no bilik 409 (aras 4 bilik no 9)

Orentasi:

Masa minggu ni jangan mimpilah nak tidur awal. Biasalah kat mana-mana pun macam tu. Kena berkorban sengkang mata sikit sebab diorang ada banyak benda nak explain dekat kita. Untuk kita jugak. So jangan banyak songeh ikut je.

Dekat Matrik KMP tak ada seniority sebab satu tahun je. Kalau ada senior pon alumni je. So tak ada istilah raging ke bully ke. So tak payah risau lagi-lagi zaman sekarang ni dah tak ada dah tu semua.

Masa orentasi tu cuak jugak lah dia cerita gagal memang kena tendang keluar. Untuk budak akaun kalau dapat 1.5 ke bawah macam tu kena buang. untuk budak sains 1.5 ke 1 point berapa kita tak ingat lah... macam tu lah. Masa tu dalah hati cakap boleh ke ni aku dapat pointer 3 ke atas??? Masa tu nak menyesal tak boleh dah. Dah masuk dah pon! OMG

Dah lupakan pasal tu teruskan membaca... kalau nak tahu kita dapat tak 3 pointer tu... (nak selamat 3 ponter ke atas)

Masa orentasi kita dikenalkan dengan Charlie. Siapa tu? nama kemain glamour macam Charlie Puth pulak! Kalau korang main game CHARLIE, CHARLIE are you  here? Datang lah benda ni. LOL Just kidding.



Ini lah dia Charlie AKA Cali

Binatang ni boleh dijumpai dekat Perlis. So siapa siapa yang belajar sana memang kenallah. Tak tau lah mana datang maybe daripada sawah padi. Maybe lah~

Binatang ni bahaya dia tahap bila dia jalan je dia tinggalkan bisa dia. So kalau korang tengah tidur dia merayap, memang esok jangan terkejut lah ada kesan melecur panjang. Tapi jangan risau, tak adalah bahaya sangat macam korang tengok dalam Pak Cik Google tu. 

Cara nak elak, beli je sembur Serai Wangi. Ada jual dekat pusat pelajar. Sembur lah dekat pintu dan tingkap setiap  malam sebelum masuk tidur. Setiap tingkap dah tersedia jaring yang boleh halang daripada binatang ni masuk. Bukan setakat cali je, banyak lagi benda kecik yang terbang-terbang suka masuk. Bila sampai musim dia, memang banyak mayat-mayat atas meja study LOL.

Untuk cali tu, korang just get ready selofan tape aka salotep untuk korang lekat Cali tu bila ternampak. Tujuannya supaya cecair dalam badan dia tak terkeluar kalau kita picit dia. Ew. Jangan picit ye.

Minggu pertama sesi pembelajaran:

Habis minggu orentasi, hari pertama masuk kelas dah start belajar. Jangan terkejut pulak, sebab sana pensyarah-pensyarah dia strick la. Haruslah nak kena kejar masa. Dia ada target bab habis bila. Kat sana kita panggil diorang cikgu je macam kat sekolah jugak. Cumanya stail belajar macam Universiti la.

Tak susah pun belajar. Semua dalam bahasa melayu. Satu je bahasa inggeris iaitu subjek English HAHA. Kat sana suasana dia suasana belajar so jangan risau kalau orang cakap tak boleh nak ikut tu semua. Bila korang balik bilik korang boleh buat kerja sama-sama dengan roomate sebab diorang pon belajar benda sama jugak! tak susah! 

Nak MENIRU pon boleh digalakkan. Pasai pa? Sebab kalau meniru pon korang still kena paham kan. Sebab semua tu nanti kena present dalam kelas. So tak ada masalah. Itu semua proses pembelajaran. Nanti ada mentor daripada kalangan kelas kita jugak. Siapa yang extra cerdik dapat jadi mentor, ajar kawan-kawan lain dalam kumpulan yang diberikan. 

Memang 100% terjaga prestasi korang. So, tak ada alasan nak GAGAL! Melainkan korang tu memang tak ada niat langsung nak belajar, tak ada hati dah, cuma fikir nak menggatal je! nak kahwin! HAHA gurau je tapi benda ni betul apa (?)

Mata Pelajaran:

Akaun - Empat subjek wajib (Akaun, Ekonomi, Perniagaan, Matematik for business) 
            - Subjek tambahan English, KoKo, Dinamika, Agama

Semester:

Dua semester - Sem1 dan Sem2 (4 Bulan setiap sem) 
                       - Dua kali test (Ujian) setiap sem (kalau tak silap lah)
                       - Final exam setiap sem.

Stail belajar:

Kuliah dan Kelas Tutorial.

Itu je lah nak cerita. Kalau ada sebarang soalan boleh tanya... nanti kita update lagi sambungan kalau ada. Kalau teringat. Buat masa ni ingat benda ni je.

So, kita dapat 3 pointer tak? Haruslah! Wajib lah. Sini sis nak bagitau kalau korang tak belajar pon (tak fokus sangat) atleast lah dapat 2.00 pointer. Kalau fokus confirm 4 flat! Tapi jangan lah buat perangai tak fokus tu! HA... okay 

Sudah lah tu! Penat menaip. Bye.

You Might Also Like

0 comments

Please leave your comment... jebal~

Top Commentators

Boy In Luv

Converse High