RINDU ENCIK SAIKO 4

November 11, 2017



Tik! Tik! Tik!

Bunyi titisan berpanjangan. Dia merenung setiap titisan. Rongga hidung terbuka menikmati aroma daripada tiaptitisan berwarna merah itu. Derap kaki seseorang mendekati. Dia memusingkan badan dengan pantas.
“Woa… woa” Arman mengangkat kedua belah tangan sebab terperanjat.
“Pisau tu dah boleh letak rasanya.” Arman menunjuk ke arah pisau yang dipegang Fath Malik. Terkejut melihat Fath Malik pusing menghadapnya dalam keadaan begitu.
Fath Malik memandang pisau dalam genggaman tangan kanannya. Dia kemudian memandang ikan dalam genggaman tangan kiri. Kedua-duanya diletakkan ke dalam sink. Tangannya dibilas dengan air paip kemudian dia mencapai tuala dapur.
“Kita ada tetamu ni.” Beritahu Arman. Fath Malik memandang gadis yang berdiri disebelah Arman.
“Oh, Melyssa…”Fath Malik melangkah setapak. Dia menghulurkan tangan kepada Melyssa.
            Melyssa teragak-agak ingin menyambut. Dia pun turut terkejut dengan keadaan Professor itu tadi. Perlahan-lahan Melyssa menghulurkan tangan ingin menyambut huluran salam Fath Malik. Belum sempat dia berbuat demikian, FathMalik menarik semula tangannya. Terkebil-kebil Melyssa. Malu pun ada. Riak wajahnya berubah warna kemerahan. Dia menurunkan semula salam yang tidak bersambut.
            “Saikonya…” Perlahan Melyssa mengucapkannya tetapi cukup jelas dipendengaran Arman.
“Ha haha… err. Melyssa, apa kata kita terus ke office kami ke jalan-jalan kat luar sana ke dulu.” Arman mencelah.Tak mahu terus berada dalam kejanggalan.
“Lepas bincang boleh makan.”
Fath Malik bersuara mengajak dengan nada mendatar kemudian, ada garis senyuman diwajahnya.Walaupun hanya gerakan yang kecil, sepatutnya sudah cukup melegakan hati Melyssa.Tapi semakin seram pula dia merasakannya.
“Ha… ha… ha…” Arman memberikan isyarat kepada Melyssa untuk segeraberansur.
“Fath tu… nervous sebenarnya. Mulalah dia nak buat benda pelik-pelik. Maklumlah jumpa orang yang kita tak kenal dan cantik pulak macam Melyssa ni.” Ucap Arman tersipu-sipu. Arman mengajak Melyssa berjalan-jalan di halaman rumah sahaja.
“Haha… ada-ada saja encik ni.”Melyssa tersenyum mesra.Dia menggelengkan kepala sebaik mendengar kata-kata Arman. Ada-ada saja! Arman mula berceloteh itu dan ini.
“… kami memang beroperasi dekat rumah ni je. Senang. Inilah rumah inilah pejabat.”
Mereka sedang berjalan dihalaman bangle besar tersebut. Melyssa memandang sekeliling. Cantik. Dia mendekati pokok-pokok bunga dalam pasu. Untuk dua orang lelaki, rumah ni cantik dan kemas! Mesti mereka panggil orang gaji datang membersihkan kawasan ini. Sama ada orang upahan harian atau mingguan sebab dia tak nampak seorang pun orang gaji berkeliaran.
“Bunga ni kalau nak tahu dah nak mati. Fath hari-hari jaga dia. Perlukan perhatian lebih katanya. Lebih dari pokok-pokok yang lain.” Arman menjelaskan.
“Encik berdua jaga sendiri?” Sedikit ternganga Melyssa mendengar.
“Mestilah! Nak tahu… nama bunga ni tabah tau. Panggil dia tabah…”
“Haha okay, hai tabah.” Melyssa mengusap-usap daunnya. Melyssa tertawa kecil. Kelakar pula rasanya. Pokok bunga pun ada nama ya? Tak disangka lelaki zaman sekarang lebih cekap dalam hal-hal rumah berbanding perempuan. Dia sendiri tidak minat dalam bab-bab penjagaan rumah ni terutama sekali menanam pokok.
“Eh, jomlah kita ke dalam. Fath mesti dah siap masak.”
            Tengoklah tu siap memasak lagi. Memang kalau nak dikatakan lelaki idaman, yang inilah stoknya. Ada juga ya lelaki perfect macam ni dalam dunia? Bak kata Zara perfect lah! Tambah pulak dengan rajin macam ni. Melyssa tanpa sedar mengakui kata-kata Zara.
Arman mempersilakan Melyssa ke dalam. Mereka terus menuju ke dapur. Di situ, Fath Malik sudah siap menghidangkan lauk tengah hari. Melyssamemandang hidangan di atas meja panjang yang melintangi satu ruangan khas bersebelahan dapur. Ikansiakapsteam. Arman memperkenalkan.
Menu utama mereka ikan steam disamping sayur-sayuran segar seperti salad dan timun. Sihat! Sangat sihat pemakanan mereka.
Mata Melyssa cuba mencari sesuatu. Nasi. Tak ada nasi! Makan lauk je patut pun kurus masing-masing. Biar betul?
“Jemput makan…” Arman mengambil tempat bersebelahan dengan Fath Malik. Melyssa pula duduk berhadapan mereka berdua.
“Ini… lauk sihat Fath Malik.”
            Tanpa disoal Arman memberitahu.
“Kalau datang mood dia yang entah apa entah tu, dia tak makan macam ni. Dalam sebulan dua kali kita orang akan makan daaaging je.”
            Arman dapat melihat Fath Malik menjeling ke arahnya dari ekor mata.
“Hehe… Ops.” Arman menutup mulut. “Eh, lupa!” Arman bingkas ke dapur. Dia kembali dengan dua buah pinggan nasi. “Nah, ni nasi unutk manusia normal macam kita.” Kata Arman kepada Melyssa. Dia meletakkan pinggan nasi dihadapan Melyssa dan satu lagi untuk dirinya.
“Hari ni dia taka da mood nak makan nasi. Kita je la makan.” Bisik Arman pada Melyssa. Melyssa  hanya mengangguk. Macam-macam hal! Telah hati Melyssa.
            Arman segera mengangkat tangan menadah doa kepada Ilahi, diikuti oleh Fath Malik dan Melyssa. Mereka makan dengan senyap.
“Jadi… apa yang nak dibincangkan?” Soal Fath Malik memecahkan kesunyian.
“Oh ya, Melyssa. Tadi sibuk berbual terlupa hal sebenar.” Arman mentertawakan dirinya.
            Kini dua pasang mata tertumpu kepada Melyssa. Melyssa menelan saki baki kunyahan dalam mulut.
“Saya…”
Melyssa memandang tepat pada Fath Malik. Dia menelan liur.
“… Nampak apa yang Prof. nampak.”

“AWAK Nampak cantik. Semakin cantik, Jenny.”
“Sudah berapa hari dia mati?” Soal lelaki yang sudah separuh abad itu kepada Jenny.
Raut wajahnya masih tampan setanding anak-anak muda lain. Pakaiannya segak bergaya. Rambutnya disisir rapi, dan potongan rambutnya mengikut perkembangan trend semasa.
“Sudah seminggu lebih.” Jawab Jenny menunduk.
Lelaki tersebut memberikan senyuman kepada Jenny. Dia mengangkat kaki kanannya dan disilangkan di atas kaki kiri. Jari jemarinya diketuk-ketuk atas meja bersebelahan dengan tempat duduk.
“Sedap?”
Dia bangun, kini jari jemarinya bermain-main pada wajah Jenny yang semakin berseri. Sebelah tangannya pantas mencengkam batang leher Jenny. Tingkahnya itu menyebabkan Jenny terangkat tidak menjejak tanah.
I said be careful!
Lelaki tersebut mula menyeringai. Urat matanya memerah. Jenny pula meronta-ronta meminta nafas.
“Polis terlibat… yang kau tinggalkan dia dekat situ kenapa? Kita dah tak boleh guna badan tu! What a waste!”
Dia melepaskan cengkaman. Tubuh Jenny terjelepok atas lantai. Jenny terbatuk dan tercungap-cungap mengembalikan susunan nafasnya.
“Tigahari… dia mati sepenuhnya. Kita dah rugi satu.”
            Lelaki itu berjalan keliling Jenny.
“Kau nak minum banyak mana pun, silakan. But bare in your mind… next time cari yang tak ada relative langsung! Yang tak ada siapa pedulikan mereka lagi. Jangan terburu-buru pilih yang salah. Kawal diritu!”
“Baik, tuan.” Jenny mengangguk lemah.
“Dan kawal keinginan darah kau! Bukan aku sudah bagi kau pil tu? Masih tak cukup atau kau tak mengambilnya dengan sengaja?”
Jenny tetap menunduk. Dia tidak berani menjawab kata. Siapa tidak kenal dengan sikap Tuannya ini. Tidak dijangka.
“Kenapa kau diam? Macam mana kau boleh libatkan kekasih dia?!” Lelaki itu rasa tercabar apabila Jenny hanya mendiamkan diri. “Jawablah!” Dia mencengkam wajah Jenny.
“Saya… saya tak tahu mangsa ada meninggalkan pesanan SMS kepada kekasihnya.” Jawab Jenny perlahan.
“Kau tak pernah cuai macam ni, Jenny.”
“Tuan, kita dapat badan baharu!” Seorang pembantu lelaki datang memberi maklumat. Dia beredar setelah mendapat anggukan daripada tuannya.
“Kali ni aku maafkan kau… Jenny.” Dia menghulurkan tangan pada Jenny ingin membantu Jenny bangun.
“Jom... Kita ada kerja.”
Dia tersenyum pada Jenny. Lelaki yang digelar tuan itu masih menanti huluran tangannya disambut. Jenny kemudian menyambutnya.
            Kedua-duanya menuju ke bilik kebal yang dilengkapi keperluan makmal perubatan. Jenny mengakses masuk mengguakan imbasan retina mata.
Mereka berdua kemudian melalui proses pembersihan penuh dan memasuki ruangan khas. Jenny mengambil peralatan yang diperlukan kemudian dia menapak mendekati lelakiitu yang sudah sedia menanti. Jenny mengikat lengan lelaki itu dengan tourniquet untuk mengesan pembuluh darah. Dia mula menyuntik jarum. Cecair merah pekat menuruni masuk ke dalam tiub.

MELYSSA menelan liur. Mahu mengimbas mimpi ngerinya sahaja dia menjadi takut. Takut dengan realiti yang tidak pasti. Dia menceritakan kepada Fath Malik dan Arman tentang mimpi ngerinya yang sering menghantui tidur.
Wajah ibu dan bapanya berlegar-legar dalam kepala. Dia menjadi sebak. Kolam matanya mula bergenang.
“Awak cuba ingat semuanya.” Arman berwajah serius.
“…mereka mungkin dibunuh oleh kumpulan ini.” Ucap Fath Malik.
“Saya cuba… saya cuba tapi saya tak dapat ingat ke semua perkara tersebut. Terlalu lama untuk saya ingat. Saya masih kecil ketika itu.” Melyssa cuba menahan sebak tetapi diatetap mengalirkan air mata.
“Awak mungkin ada temporary memory lost time tu. Yang mana minda kita memilih untuk melupakan kejadian buruk yang dialami akibat kejutan.”
Arman memberitahu apa yang dia fikirkan.
“Tendancy untuk you buang ingatan buruk you adalah tinggi.” Sambung Fath lagi.
“Apa yang Prof. cakapkan tempoh hari dalam bilik mesyuarat… sama seperti yang saya mimpi.” Melyssa memandang tepat kepada Fath Malik.
“Saya harap Prof. dapat tolong saya.”
Melyssa menanti jawapan Profesor muda tersebut.
“Luar bidang tugas saya…” Fath Malik bangun meninggalkan mereka berdua.
“Hey, Fath!” Arman garu kepala.
Dia memandang Melyssa dengan penuh simpati. Fath Malik bukan boleh dibawa berbincang.
“Aduh… nak buat apa ni?” Arman bersuara lebih kepada dirinya sendiri.
“Apa kata Melyssa balik dulu.” Arman member cadangan.
“Eh, tak bolehlah… tengah sedih-sedih ni!” Arman bercakap sendiri lagi.
“Stay sini dulu esok baru balik. Yes! Eh, no! mana boleh.”Arman gelisah dan serba salah.
            Fath Malik sudah pun bangun dari duduknya. Dia melangkah meninggalkan meja makan.
“Tak apa En. Arman. Saya balik dulu… saya okay.” Melyssa tersenyum. Kelakar rasanya melihat Arman yang terlebih over. Macam dia ada buat salah besar.
“Alamak lupa! Saya boleh hantarkan Melyssa.” Pelawa Arman.
“Tak apa En. Arman. Terima kasih banyak…”
Melyssa mengambil tas tagan. Dia memusingkan badan.
“Melyssa! Saya pasti Fath akan tolong.”
Arman bersuara menghentikan langkah Melyssa. Entah mana datang keyakinan dia. Dia pasti Fath dapat tolong Melyssa. Melyssa hanya mengangguk dan berlalu.



I NEED HONEST comment and critics

You Might Also Like

11 comments

  1. and here comes another fan of fanfictions. i followed you back. gotta enjoy my read here more often i guess.

    ReplyDelete
  2. Singgah sini.
    http://yangunguitumanggis.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Salam hi, singgah dan follow sini :)

    Anda dijemput join segmen GA saya!

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete

Please leave your comment... jebal~

Top Commentators

Boy In Luv

Converse High